Bersyukur Saat Diuji

Sebagai manusia yang seringkali tidak bersyukur dengan nikmat diberi, tidak berpuas hati dengan apa yang ada, mengeluh dan merungut seakan biasa. Mengeluh mengapa aku yang diuji, tidak orang lain ... tanpa menyedari bahawa ujian itu tanda Allah menyayangi, tanda betapa hampirnya Zat Yang Maha Esa itu dengan kita.

Bersyukurlah kita saat diuji seperti kata Muhd Kamil Ibrahim, pengarang buku terlaris "Bersyukur Saat Diuji"

http://bukuonline2u.com/bersyukur-saat-diuji.html?tracking=56b9baacb12cd



Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim  Tebal : 190  Harga : RM22.00
Inikah Ujian Saya didatangi oleh ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata, 'Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota : beliau memberi jawapan, 'berdosa'). Sanggupkah ustaz menyuruh saya melakukan dosa?' Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, 'Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz supaya tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu.' Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa


EmoticonEmoticon