Alang Rebus Tak Empuk


Alang Rebus Tak Empuk - Mendengar tajuknya saja pun, sudah terasa ingin mendapatkan buku genre cinta ini. Rebus tak empuk dalam pepatah Melayu merujuk kepada sikap degil,keras kepala atau tak makan saman. Mungkin agaknya begitulah juga dengan watak utama buku cerita cinta ini iaitu Nurul Shifa yang tercebak dalam dilema cinta tiga segi
.Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?

Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM 22.00 RM 20.90
 


EmoticonEmoticon